SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SEKAMAT
Sejarah sekolah ini bermula pada tahun
1947. Pada peringkat awal, bangunan sekolah ini hanya beratap rumbia, usahasama
oleh penduduk sekitar kampung Sungai Sekamat diatas sebidang tanah wakaf
kepunyaan allahyarhamah Hajah Shamsiah bte Mohd Jali.
Pada masa itu, ia dinamakan Sekolah
Rakyat, di mana Pn. Hajah Shamsiah sendiri telah menjadi tenaga pengajar yang
pertama disitu. Selama 3 bulan. Beliau telah menamatkan perkhidmatanya setelah
seorang guru besar telah dihantar untuk berkhidmat disitu oleh kerajaan, iaitu
En. Mohd. Ali bin Abdullah. Pada 1 hb September 1964, pihak kerajaan telah
menguruskan pembinaan sebuah bangunan yang baru diatas sebuah tapak yang baru
juga iaitu tapak bangunan sekarang.
Pada 22hb Jun 1964, Bangunan baru siap
dibina dan mula digunakan. Bangunan tersebut terdiri daripada 6 buah bilik
darjah dan sebuah bilik guru besar. Ketika itu terdapat 209 orang murid dan 10
orang tenaga pengajar termasuk guru besar. Bangunan sekolah berkenaan telah
dirasmikan oleh YB. Tuan Haji Mohd Khir Johari iaitu Menteri Pelajaran Malaysia
(ketika itu) pada 15hb Julai 1965.
Pada 6hb Jun 1983, sebuah bangunan 3
tingkat telah didirikan dan digunakan sebagai menampung jumlah pelajar yang
semakin bertambah seiring dengan bertambahnya penduduk disekitar Kampung Sungai
Sekamat itu sendiri. Bilangan pelajar telah meningkat sehingga 360 orang.
Tenaga pengajar juga telah bertambah kepada 15 orang. Bangunan baru tersebut
telah dirasmikan oleh YB. Dato' Khalil bin Yaakob iaitu Timbalan Menteri
Pelajaran Malaysia pada ketika itu.
Pada tahun 1995, sebuah bangunan baru 3
tingkat yang terdiri daripada 12 bilik darjah telah siap dan digunakan.
Bilangan murid pada ketika itu telah meningkat kepada 1400 orang dan 65 orang
tenaga pengajar.
Pada tahun 2000, sebuah bangunan baru
telah didirikan dengan kelengkapan 10 bilik darjah, sebuah makmal, dan sebuah
bilik khas untuk pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Pada ketika itu
bilangan pelajar telah meningkat kepada 1700 orang dan 86 tenaga pengajar
termasuk kakitangan sokongan.
Pada tahun 2001, sebuah pavilion telah
didirikan hasil usaha PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat untuk kegunaan para
pelajar buat masa ini, pavilion tersebut dalam proses peningkatan taraf.
Pada tahun 2001 juga, terdirinya sebuah
surau baru bagi menggantikan surau lama yang telah dirobohkan untuk mendirikan
Pavilion tersebut.